Saya yakin ramai diantara kita pasti ingin menambah pendapatan sampingan terutamanya melalui bisnes online yang mana kita semua tahu ianya bisnes yang paling mudah dan berpotensi besar pada zaman moden hari ini.
Namun apa yang menjadi masalah ialah kita tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.
Jadi disini saya akan bantu anda dengan menyediakan '4 Langkah Penting Sebelum Memulakan Bisnes Online' pada tahun 2024!
LANGKAH 1: KEPENTINGAN 'MINDSET'
Saya sedar bahawa saya memerlukan wang yang lebih banyak daripada apa yang dapat dapat sekarang ini, tetapi saya juga mahu masa yang lebih berkualiti daripada apa yang saya ada hari ini. Kesedaran itu telah mendorong saya untuk memulakan bisnes online saya sekarang juga.
Tetapi masalah terbesar saya adalah perasaan tidak selamat, takut, ragu- ragu, gara-gara bimbang bisnes online yang bakal diusahakan ini akan gagal.
Setelah berfikir panjang, semua masalah yang saya fikirkan itu sebenarnya belum berlaku lagi. Bukan realiti. Maka, saya nekad menetapkan mindset yang betul untuk saya berjaya di dalam bisnes online ini.
la adalah tindakan penting kerana selepas itu saya dapat memulakan bisnes online dengan mudah, di mana di sepanjang perjalanan bisnes ini saya dapat bertemu dengan orang yang tepat, dan sikap saya terhadap cabaran dan peluang bisnes juga berbeza. Tiada lagi benteng yang menghalang.
Persoalan utama di sini ialah 'Bagaimanakah cara untuk saya menetapkan mindset dengan betul?' Ini 5 cara terbaik untuk menetapkan mindset dengan betul.
1. Bercakap Dengan Diri Sendiri
Bagaimana bercakap dengan diri sendiri ini boleh mengubah mindset?
Cara ini akan mengubah sudut pandang anda terhadap diri sendiri kerana orang pertama yang anda perlu yakinkan terhadap bisnes online anda bukanlah isteri anda, bukanlah ibubapa anda, dan bukanlah kawan-kawan anda, tetapi dengan diri anda sendiri terlebih dahulu!
Setiap pagi sebelum anda memulakan sesuatu pekerjaan, pandanglah muka anda di cermin dan ulang perkataan positif sebanyak 10 kali sambil membayangkan diri anda sudah menjadi seperti apa yang telah anda katakan itu. Sebagai contoh:
Saya yakin saya boleh berjaya!
Saya yakin saya boleh buat!
Saya pasti boleh menghadapinya!
2. Sentiasa Mencari Peluang Untuk Belajar Setiap Hari
Mulakan hari anda dengan mentaliti yang kuat kerana ada cabaran yang perlu dihadapi atau ada peluang untuk mempelajari sesuatu yang baru setiap hari.
Seperti berjumpa mentor atau rakan anda untuk berbincang mengenai sesuatu isu atau masalah yang timbul.
3. Mulakan Dengan Perancangan Yang Teratur
Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, anda harus ada perancangan yang teratur supaya dapat membantu anda bergerak ke hadapan dengan lebih yakin kerana anda akan lebih bersedia dan tahu apa yang anda akan dapat dan hadapi.
4. Hadapi Pelbagai Rintangan Dan Halangan Dengan Bijak
Jika anda tidak dapat memenuhi target dalam perancangan anda, jangan mengalah! Sebaliknya, buat satu perancangan baru berdasarkan apa yang telah anda hadapi sebelum ini. Berjumpalah dengan mentor anda dan minta khidmatn asihat mereka.
5. Bertindak Sekarang!
Ramai orang hanya merancang sahaja, tetapi tidak bertindak. Ingat bahawa tiada orang lain yang akan membantu anda untuk berjaya, kecuali diri anda sendiri. Semua bermula dengan anda!
LANGKAH 2: MODAL BISNES
Ramai di kalangan kita berpendapat perlunya ada "modal kewangan" baru boleh mula berniaga. Sebenarnya, terdapat 5 modal bisnes yang kita perlu fahami sebelum melangkah ke medan bisnes online.
1. Modal Diri
Jika anda ingin mulakan sesuatu bisnes online, perkara pertama yang perlu anda titikberatkan adalah modal diri iaitu melibatkan persediaan anda dari segi fizikal, mental dan spiritual untuk berbisnes.
Tanpa adanya modal diri yang kuat, anda akan merasakan berat hati untuk memberikan komitmen atau dengan kata lain "banyak alasan" terhadap bisnes anda.
Sebagai contoh, Elisa merupakan seorang usahawan online dan juga kerani syarikat pembinaan. Pada siang hari, Elisa sibuk dengan kerja di pejabat dan pada waktu malam pula Elisa berbisnes secara online. Ini menunjukkan Elisa mempunyai modal diri yang tinggi dengan memberikan komitmen 100% terhadap bisnes walaupun penat bekerja seharian.
2. Modal Ilmu
Perkara kedua yang anda perlu dalami adalah modal ilmu. Dalam proses menambah modal ilmu, anda mesti merujuk pada guru ataupun mentor yang berkaliber dan tulen. Anda perlu sentiasa bersedia untuk menambah ilmu bisnes dan
berlapang dada dengan guru.
Contoh:
Amin pernah belajar dan bekerja di dalam bidang perakaunan dan audit. Untuk memperkemaskan lagi ilmu yang ada, Amin sentiasa bertanya dan berjumpa orang yang pakar dalam bidang akaun dan audit.
3. Modal Kepakaran
Setiap orang ada kepakaran tersendiri dalam bidang yang diceburi seperti marketing, staff development, akaun dan audit, strategi bisnes, Facebook advertising, Google Adword, grafik dan lain- lain.
Tanpa modal kewangan, anda boleh menggunakan modal kepakaran yang anda ada terlebih dahulu dengan menawarkan bisnes perkhidmatan. Sebagai contoh, Nina mempunyai kepakaran dalam bidang Facebook advertising menawarkan servis membuat iklan di Facebook kepada kawan- kawannya di personal profile Facebook.
4. Modal Sosial
Modal sosial atau biasa disebut sebagai "networking" penting untuk memastikan kelangsungan bisnes anda. Cuba anda semak rakan anda atau rakan Facebook anda untuk mengenalpasti siapa yang boleh anda networking untuk memulakan pernigaan.
Contohnya, katakan di kalangan rakan anda ada yang menjadi pemilik produk kecantikan. Cuba anda bertanyakan kepada dia sekiranya anda boleh ambil stok pada harga diskaun dengan bilangan kuantiti tertentu atau peluang menjalankan bisnes secara dropship.
5. Modal Kewangan
Jika anda ada modal kewangan, anda boleh berjumpa dengan mana-mana pemilik produk untuk berbincang mengenai proses menjadi stokis atau agen mereka. Hakikatnya "modal kewangan" adalah modal terakhir yang anda boleh fikirkan dalam bisnes.
LANGKAH 3: LAWAN BISIKAN NEGATIF
Apabila mahu memulakan bisnes online, anda sering kali terkesan dengan kata- kata negatif dari rakan sekerja, ibubapa, mahupun dari pasangan sendiri. Sebagai contoh, apabila anda menyuarakan hasrat untuk memulakan bisnes online, rakan anda akan memberikan pandangan-pandangan negatif seperti anda akan ditipu oleh pembekal dan pelanggan, barang mudah rosak dan lain-lain.
Orang negatif seperti ini akan mungkin mengakibatkan orang di sekelilingnya terkesan dengan kata-kata mereka itu. Dan perkara yang paling ditakuti adalah apabila anda sendiri akan tersimpang jauh daripada matlamat perancangan yang telah anda tetapkan sebelum ini akibat mendengar cakap-cakap orang negatif.
Jadi untuk mengelakkan mudah terpengaruh dengan kata-kata negatif, di sini ada 5 petua melawan bisikan negatif.
1. Tetapkan Sempadan
Jika ada orang yang sedang bercakap perkara negatif, tetapkan had jarak anda dengan individu tersebut. Jika anda perlu berada di tempat individu tersebut, cuba berinteraksi sebentar sahaja dan cepat- cepat berlalu daripada situ. Ini kerana anda tidak mampu mengawal kehadiran aura negatif tetapi anda mampu mengawal penglibatan anda bersamanya.
2. Elakkan Perungut
Orang yang sering kali mengeluh mengenai banyak isu pasti tidak mampu memberikan impak positif dalam kehidupan anda. Mereka tidak menawarkan penyelesaian tetapi hanya menunjukkan masalah.
Walau banyak mana pun idea anda keutarakan, mereka akan tetap menolak idea anda. Malah, mereka mengajak anda untuk merungut bersama-sama. Maka penyelesaian yang perlu anda buat adalah berhenti terlibat dengan individu sebegini dan hanya berurusan dengan mereka jika perlu sahaja.
3. Memilih Jalan Untuk Sendiri
Jika anda bertemu dengan individu yang mengganggu anda atau anda terbaca status yang menyakitkan hati anda, sebaik-baiknya tinggalkan tempat itu agar anda tidak berhujah dengannya dan cuba untuk mengabaikan sebarang komen negatif. Tindakan ini penting untuk mengawal emosi anda daripada menjadi lebih buruk.
4. Tidak Perlu Terlalu Asyik Memahami Keadaan Negatif
Orang negatif selalunya boleh berkelakuan tidak rasional, bercakap dan bertindak di luar kebiasaan manusia normal. Maka, anda patut elakkan diri daripada membuang masa untuk memahami tindakan mereka itu.
5. Bina Perhubungan Yang Positif
Berkenalanlah dengan rakan-rakan atau kenalan yang mempunyai sifat dan pemikiran positif. lanya penting untuk memupuk diri anda sentiasa dikelilingi dengan aura positif dan kata-kata semangat agar ia menjadi booster untuk anda terus ke hadapan.
LANGKAH 4: PERKARA WAJIB MEMULAKAN BISNES ONLINE
Berapa ramai yang mahu menjadi usahawan yang kaya dan berjaya?
Sekiranya jawapan anda YA, maka anda berada di tempat yang betul kerana kami akan kongsikan tips dan teknik-teknik yang berkesan untuk membantu anda memulakan bisnes online. Ini antara 4 perkara wajib yang anda patut ada untuk memulakan bisnes:
1. Mentor Yang Berjaya
Jika anda ingin pergi lebih jauh dalam bisnes, maka anda perlukan seorang mentor. Mentor yang bagus adalah mentor yang pernah jatuh bangun dalam sesuatu industri yang diceburinya. Apa yang anda perlu buat adalah mengikuti apa yang mentor anda lakukan dan insyaAllah anda akan berjaya seperti mentor anda juga.
2. Ilmu Yang Tepat
Apa saja yang anda hendak lakukan, anda perlu ada ilmu. Begitulah juga jika anda hendak menjadi seorang usahawan, anda juga perlukan ilmu. Persoalannya, bagaimana anda ingin mendapat ilmu dengan mudah. Pada masa sekarang, ilmu sangat mudah dicapai di internet dan boleh ditanya pada orang yang berpengalaman.
3. Sistem Yang Betul
Sistem yang betul dapat menjadikan bisnes anda lebih teratur, sistematik, mudah diurus dan mudah dikembangkan. Ini kerana, anda sudah mempunyai sistem yang terbukti berkesan dan menghasilkan jualan yang banyak. Jika tidak bersistem, anda akan mudah hilang fokus dan dibebani pelbagai masalah apabila bisnes anda semakin berkembang.
4. Usaha Luar Biasa
Anda perlu tindakan yang luar biasa sekiranya anda mahu berjaya. Ini kerana usaha dan tindakan yang luar biasa akan menghasilkan kejayaan yang luar biasa. Tahun 2024 merupakan masa terbaik untuk anda BERTINDAK LUAR BIASA.
Pada masa kini, semua urusan bisnes boleh menggunakan telefon pintar dan dapat diuruskan dari rumah atau di mana sahaja anda berada. Pilih sahaja satu bisnes yang anda ingin lakukan, belajar dan cuba sehingga anda berjaya mendapat hasil daripada bisnes tersebut.
Dalam masa yang sama, anda perlu ada MENTOR, ILMU dan SISTEM yang terbukti SUKSES. Selagi hidup, anda perlu menggali ilmu yang bermanfaat sebagai ibadah, disertai usaha dan tindakan untuk kejayaan di dunia dan akhirat, inshaAllah.
0 Ulasan