5 Tips Bisnes Orang Yang Berjaya

5 tips yang orang berjaya sendiri amalkan setiap kali mereka buat bisnes. Tak kira bisnes apa yang mereka ceburi, mereka ada semacam satu pegangan yang firm, yang tetap. Buat apa sekalipun, ini juga yang jadi pegangan dia yang tak berbelah bagi.

Tips 1

Selalu bertanya & fokus kepada pelanggan, bukannya produk. Pelanggan boleh bergerak kepada anda, tapi produk hanya mati duduk disitu. Berikan kepuasan pada pelanggan, bukan syok sendiri menyatakan produk saya paling bagus dalam dunia.


Tips 2

Nak grow bisnes mesti ada team yang bagus. Anda tak boleh buat semua perkara dalam satu masa. Pendapatan anda juga akan limit bila tidak ada masa buat kerja yang sepatutnya. Cari team marketing & sales yang boleh buat kerja dengan baik & bina mereka dari bawah sampai jadi leader yang bagus. Bisnes multi-million atau jutawan tak kaya dia sorang-sorang. Belakangnya ada syarikat yang ramai pakar dalam setiap kemahiran mereka.

Tips 3

Bila dah jumpa satu kunci kejayaan, fokus untuk jadikan ianya lebih berjaya. Bila dah lebih berjaya, laser focus untuk jadikan ianya super berjaya. Banyak bisnes jatuh bukan sebab pesaing, tapi sebab terlalu banyak bisnes yang nak difokus, “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”.

Tips 4

Jangan terlalu menjual. Elak dari push orang ramai untuk dapatkan produk anda. Jangan paksa close sales setiap waktu. Apa yang patut anda buat adalah konsisten memberi, konsisten sharing, selalu bertanya pada pelanggan apa yang mereka mahukan. Orang, hanya akan jadi pelanggan bila anda ada hubungan yang bagus. Bukan sebab produk anda.

Tips 5

Paling baik diantara perkara diatas, teruskan mencuba dan mencuba sebab setiap kegagalan adalah punca untuk lebih berjaya. Tak apa jatuh berulang kali, tapi apa yang penting bangkit dengan kuat, bangkit tanpa rasa mengalah. Teruskan buat pembaikan, betulkan kesalahan, perbaiki kesilapan. Itu adalah sebaik-baik usahawan yang berjaya.
Gred Artikel:

Catat Ulasan

0 Ulasan