Sejak dari awal blog telah menjadi salah satu platform utama dalam menjana pendapatan sampingan, ramai yang telah berjaya memperoleh hasil melalui blog. Selain mudah dan jimat tenaga anda juga tidak perlu mengeluarkan sebarang kos, hanya menggunakan kemudahan servis blog secara percuma sahaja mampu membuahkan hasil yang lumayan.
Terdapat banyak kaedah dan idea yang boleh digunakan untuk jana wang melalui blog, tetapi disini hanya menerangkan cara yang sering menjadi pilihan utama bagi kebanyakkan blogger sama ada di Malaysia mahupun luar negara.
1. Khidmat Pengiklanan
Merupakan teknik buat duit paling popular dan paling digemari oleh para blogger tidak kira yang masih baru mahupun yang telah lama. Cara jana wang melalui khidmat pengiklanan ini amat mudah, apa yang perlu dilakukan adalah memaparkan iklan menggunakan banner yang telah disediakan di halaman blog anda. Kadar pengiraan duit yang akan anda perolehi adalah bergantung kepada beberapa faktor yang ditetapkan oleh pihak pengiklanan tersebut.
Begitu banyak syarikat-syarikat penerbitan yang boleh anda jumpa menawarkan program sebegini diluar sana tetapi disini saya senaraikan tiga sahaja kerana dianggap pilihan utama paling popular yang digunakan oleh para blogger di Malaysia mahupun antarabangsa, iaitu ;
- Google Adsense (Antarabangsa)
- Nuffnang (Malaysia)
- Innity (Malaysia)
2. Program Affiliate
Mungkin ada dikalangan anda yang tidak tahu apa itu program affiliate, secara ringkasnya affiliate adalah satu program dimana anda memasarkan atau mempromosikan sesuatu produk pihak lain untuk mendapatkan komisen. Komisen yang didapati bergantung kepada hasil jualan produk melalui promosi yang telah dilakukan, kebiasaannya program affiliate ini adalah didalam bentuk pautan link dan lebih menyasarkan kepada produk digital.
Contoh, anda kongsikan link sesuatu produk di laman blog anda, kemudian ada pembeli yang berminat untuk membuat pembelian melalui link yang telah anda berikan, sekiranya berjaya dijual melalui link tersebut maka anda akan mendapat komisyen dari hasil jualan itu.
3. Drop Shipping/Dropship
Seperti sistem affiliate, dropship juga adalah memasarkan dan mempromosikan produk orang lain untuk dijual tetapi sedikit berbeza kerana dropship tidak hanya menyasarkan produk digital tetapi juga produk fizikal. Walaupun produk ini dimiliki orang lain tetapi anda diberi kebebasan untuk meletak harga lebih tinggi daripada harga asal yang ditetapkan pemilik produk.
Sekiranya berjaya dijual, hasil jualan perlu dibahagi kepada dua, iaitu anda perlu membayar semula harga asal produk tersebut kepada pemilik produk manakala selebihnya 100% menjadi milik anda. Kos produk, pembungkusan, penghantaran dan sebagainya diuruskan sepenuhnya oleh pemilik produk, tugas anda hanya memasarkan dan mencari pembeli sahaja. Mudah bukan?
Tiga kaedah diatas menurut saya adalah cara yang paling popular, paling mudah dan paling berkesan yang boleh anda cuba. Banyak lagi kaedah lain sebenarnya namun adalah lebih baik sekiranya anda belajar dan mempraktikkan tiga idea diatas terlebih dahulu untuk memudahkan perjalanan anda.
Tiga kaedah diatas menurut saya adalah cara yang paling popular, paling mudah dan paling berkesan yang boleh anda cuba. Banyak lagi kaedah lain sebenarnya namun adalah lebih baik sekiranya anda belajar dan mempraktikkan tiga idea diatas terlebih dahulu untuk memudahkan perjalanan anda.
1 Ulasan
text me
BalasPadam