Apa Itu Media Sosial? - Pengenalan Dan Ringkasan Sejarah


Media sosial merupakan satu rangkaian komunikasi diatas talian (online) yang dapat menghubungkan para pengguna dari serata dunia. Menurut Kamus Dewan Bahasa, media adalah alat perantara, komunikasi atau perhubungan, manakala sosial adalah perihal kemasyarakatan dan pergaulan.
“Media Sosial desifinisikan sebagai satu kumpulan aplikasi berasaskan internet yang berkembang atas dasar ideologi dan teknologi web 2.0” - Andreas Kaplain dan Micheal Haenlein.
Sejarah awal kemunculan media sosial ini bermula pada tahun 1978 dengan penemuan ‘papan bulletin’ berfungsi untuk muat turun maklumat dan komunikasi melalui surat eletronik. Media sosial terus berkembang sehingga perkhidmatan penerbitan blog iaitu Blogger pertama kali dilancarkan pada tahun 1999 oleh Pyra Labs.

Evolusi rangkaian media sosial yang sebenar bermula setelah kemunculan Friendster pada tahun 2002, diikuti oleh Linkedln yang merupakan jaringan perniagaan oleh golongan profesional, juga muncul pada tahun 2002.

MySpace yang menjadi kegilaan para remaja pula dibangunkan pada tahun 2003. Kemudian selepas kewujudan Facebook sekitar tahun 2004 pelbagai rangkaian sosial baru telah dicipta, kebanjiran media sosial terus berlaku sehingga hari ini. Pembaharuan dan penambahbaikan dibuat seiring dengan kemajuan teknologi.

Bagaimanapun untuk pemahaman yang lebih jelas, media pada awalnya merupakan sebuah alat perantara seperti radio, televisyen atau surat khabar. Media ini mempunyai limitasi yang terhad dan sukar untuk para pengguna kemukakan pendapat atau pandangan bebas terhadap sesuatu perkara yang disampaikan. 

Oleh itu elemen sosial cuba dibawa masuk ke dalam media untuk diubah menjadi alat yang boleh berkomunikasi di antara pengguna. Jaringan sosial ini berkembang dengan begitu cepat sehingga boleh dianggap sebagai alat komunikasi yang penting pada dunia hari ini.

Buktinya dapat dilihat menerusi aplikasi dan media sosial seperti FacebookTwitterInstagramWhatsAppTelegram dan lain-lain. Media sosial yang semakin berkembang kini dapat dibahagi kepada beberapa kategori selain aktiviti sosial semata. Contoh medium sosial lain adalah seperti perbincangan melalui forum, mengadakan video secara lansung, penulisan di dalam blog, interaksi permainan video dan lain-lain.

Media sosial kini mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kehidupan. Penggunaan media sosial kini tidak terhad, bukan sekadar bahan interaksi dan komunikasi tetapi dapat digunakan dengan lebih meluas dalam bidang perniagaan, hal ehwal keagamaan, aktiviti kebudayaan, perubatan, politik dan sebagainya.

Setakat itu sahaja penjelasan bagi definisi dan pengenalan berkenaan media sosial, semoga sedikit sebanyak dapat menambah ilmu pengetahuan kita semua.
Gred Artikel:

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Penerangan yang sangat padat. Tuan, izinkan saya menggunakan penerangan tuan bagi rujukan kajian saya. Terima kasih atas kesudian tuan berkongsi ilmu tentang sejarah media sosial.

    BalasPadam
Emoji
(y)
:)
:(
hihi
:-)
:D
=D
:-d
;(
;-(
@-)
:P
:o
:>)
(o)
:p
(p)
:-s
(m)
8-)
:-t
:-b
b-(
:-#
=p~
x-)
(k)