Memandangkan ini cubaan pertama saya dalam membuat tutorial jadi artikel ini sekadar berkongsi panduan asas cara daftar blog percuma iaitu blogspot. Tips-tips yang diberikan juga mungkin sesuai untuk mereka yang masih baru dan ingin menceburkan diri ke dunia blogging. Jadi jom kita buat blog yang unik dan menarik, mudah dan paling penting adalah PERCUMA.
Langkah Pertama; Layari https://www.blogger.com/
Disana anda tidak perlu daftar akaun baru sebaliknya terus sign-in menggunakan akaun Google yang telah sedia ada. (Rujuk gambar dibawah)
Langkah Kedua; Selepas berjaya sign-in ke laman blogger, tekan butang ‘Create New Blog’ atau klik pada dropdown menu yang terletak pada bahagian atas di sebelah kiri dan klik pada ‘New Blog’. (Rujuk gambar dibawah)
Langkah Ketiga; Pilih alamat (URL) dan nama blog yang sesuai. Anda bebas memilih nama dan alamat mengikut keinginan anda, tetapi jika alamat menunjukkan ‘not available’, itu bermakna alamat tersebut telah diambil dan digunakan oleh pengguna lain. Jadi anda perlu mencari alamat lain yang boleh digunakan. Sebagai contoh sila rujuk gambar dibawah.
(Contoh alamat URL yang boleh digunakan) |
(Tanda - juga boleh digunakan tanpa sebarang masalah) |
(Alamat URL yang tidak boleh digunakan) |
Alamat URL yang baik adalah dengan menggunakan perkataan singkat dan mudah diingati oleh orang ramai. Begitu juga nama bagi sesebuah blog, selain mencerminkan identiti blog, ia juga mampu memberi pengaruh yang besar kepada blog kelak.
Pastikan nama blog dan alamat URL menggunakan nama yang sama seperti contoh dibawah, atau tidak menjadi masalah sekiranya anda inginkan tajuk dan alamat yang berbeza kerana tajuk atau nama blog boleh ditukar pada bila-bila masa sahaja. Begitu juga alamat URL, tetapi tidak digalakkan atas sebab-sebab tertentu.
(Penggunaan perkataan yang sama bagi nama blog dan alamat URL) |
Langkah Keempat; Pilih tema (theme) yang dirasakan sesuai.
Sama seperti nama dan alamat URL, pemilihan tema juga memainkan peranan penting dan mempunyai pengaruh yang tersendiri bagi sesebuah blog. Anda boleh menyunting struktur rekabentuk, susunan widget, kesesuaian warna dan banyak lagi supaya dapat memberi tampilan yang lebih menarik.
Bagaimanapun ketepikan dahulu dalam meng-customize tema blog, adalah lebih baik sekiranya anda belajar dan memahami fungsi-fungsi yang tersedia di dalam blog terlebih dahulu. Ini penting bagi mereka yang baru belajar. Anda akan mahir dalam mengendalikan blog suatu hari nanti jadi tidak perlu terburu-buru.
Oleh itu pilih tema yang ringkas dan tampak mudah untuk anda fahami, jika anda berpuas hati sila tekan pada butang ‘Created’.
TAHNIAH kerana telah berjaya mencipta blog pertama anda! Sila ulang semula langkah-langkah diatas sekiranya anda ingin mencipta blog yang kedua, ketiga dan seterusnya. Anda bebas untuk memiliki seberapa banyak blog yang anda mahu dan tidak boleh melebihi jumlah 100. Semoga Berjaya.
0 Ulasan