Makna Idea Dari Sudut Bahasa Dan Istilah


MAKNA IDEA DARI SEGI BAHASA
Maksud idea boleh jadi sangat meluas meliputi pelbagai aspek jika ditakrif keluar dari konteks lisan. Jadi secara mudahnya maksud idea dari sudut bahasa ialah buah fikiran, rencana atau rancangan yang wujud dalam fikiran.

Perkataan idea merupakan pinjaman kata asing daripada bahasa Inggeris iaitu ‘Idea’. Pinjaman kata asing ini diambil sebagai perkataan baru bagi merujuk kepada ‘buah fikiran’, tanpa sebarang perubahan ejaan, bunyi dan maksud asalnya iaitu ‘Idea’.

Perkataan ‘idea’ ini bagaimanapun bukanlah berasal daripada bahasa Inggeris, ia juga merupakan pinjaman kata asing bagi merujuk kepada idea kerana tidak mempunyai perkataan khusus yang sesuai  bagi menterjemahkan ‘buah fikiran’ didalam bahasa inggeris, maksudnya seperti ;
1. a thought or suggestion as to a possible course of action,- a mental impression - an opinion or belief  
2. the aim on purpose. 
3. [Philosophy] - an eternally existing pattern of which individual things in any class are imperfect copies. - Oxford
Berbalik kepada asal usul perkataan ‘idea’ ialah merupakan kata pinjaman dari bahasa Latin - ‘idea’, yang membawa maksud ‘bentuk’ atau ‘corak’. Ejaannya tidak berubah tetapi makna asal diubah merujuk kepada pandangan diatas.

Namun begitu asal perkataan idea ini sebenarnya diambil dan diubah daripada perkataan Greek, iaitu ‘idein’, yang bermaksud ‘pandangan’.

IDEIN (Greek) >> IDEA (Latin) >> IDEA (Zaman Pertengahan Inggeris)
Sepertimana bahasa Melayu, bahasa Inggeris juga sebenarnya begitu banyak menggunakan kata pinjaman asing dalam bahasa mereka, kebanyakkan perkataan Inggeris berasal dari jiran berdekatan mereka seperti Greek, Perancis, Sepanyol, Itali dan lain-lain.

PENGERTIAN IDEA DARI SUDUT ISTILAH
Bagi menterjemahkan pengertian idea yang sebenar, ia boleh merangkumi pelbagi aspek kerana dasarnya idea itu wujud melalui akal fikiran, tetapi boleh ditonjolkan melalui pelbagai cara seperti melalui ucapan, tulisan, lukisan, ciptaan, pelan, muzik, perbuatan, senibina, pendidikan, filem dan sebagainya.

Secara mudahnya idea ialah sebahagian daripada akal, idea adalah salah satu elemen penting yang memainkan peranan bagi fungsi akal fikiran, selain berfungsi secara rohaniah seperti membezakan perkara benar dan salah, kebolehan daya ingatan dan membentuk sifat naluri kemanusiaan, idea adalah daya fikiran mengenai konsep, teori, cadangan, pandangan, pendapat, rencana, hipotesis, visualisasi, konklusi, kepercayaan dan sebagainya.

Kesimpulannya, segala bentuk hasil yang dicipta melalui hasil pemikiran manusia itulah yang dinamakan idea. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada sumber-sumber lain juga sekiranya ada keraguan untuk mendapatkan informasi yang lebih tepat.


BACA JUGA >>  ASAS MENCARI IDEA 

Gred Artikel:

Catat Ulasan

0 Ulasan