Apakah yang dimaksudkan dengan idea?
Idea adalah buah fikiran, pendapat, pandangan, perancangan, cadangan, perihal berkaitan atau jalan penyelesaian. Idea merangkumi setiap perkara tersebut menjadikan maknanya lebih meluas.
Idea ini hanya wujud melalui daya fikiran seseorang, mudahnya idea ini bersifat khayalan dan ia akan muncul semasa sedang berfikir tentang sesuatu perkara. Kadang kala ia juga datang secara tiba-tiba walaupun tidak terlintas dibenak fikiran kita.
Kebiasaannya idea ini digunakan untuk merencana tentang sesuatu perkara seperti merekacipta, mengubahsuai, membaikpulih, menaiktaraf, menulis, melukis, membina, mengubah dan sebagainya. Setiap perkara (contoh objek, budaya, peraturan, kelakuan) yang dibuat oleh manusia seluruh dunia adalah kreativiti idea yang datang dari akal fikiran manusia.
Tanpa idea sudah tentu ianya akan merumitkan perjalanan kita dalam melaksanakan sebarang bentuk pekerjaan. Jadi jelaslah bahawa idea merupakan satu elemen sangat penting yang perlu ada bagi memudahkan kehidupan seharian kita.
RUJUK >> PENGERTIAN LEBIH LANJUT TENTANG IDEA
0 Ulasan