Bagi mencari sebuah idea anda memerlukan keadaan dan ruang yang tenteram, namun idea juga boleh muncul dalam keadaan yang tegang dan terdesak. Tetapi apa yang pasti idea itu memang sukar untuk dicari, jadi anda perlu memastikan idea ini sentiasa dicatat dan disimpan dengan rapi walaupun anda tidak memerlukannya.
Dibawah adalah beberapa asas yang boleh dipraktikkan oleh anda dalam mencari sesebuah idea baru. Bagaimana untuk mencari, mencatat, menyimpan dan menggunakan idea-idea yang muncul agar tidak hilang dan dilupakan.

Amalkan menulis apa sahaja perkara baru yang terlintas difikiran anda sekiranya anda merasakan ianya sesuatu idea yang menarik walaupun anda tidak memerlukannya pada saat itu. Lebih-lebih lagi sekiranya idea itu berkaitan dengan apa jua bidang pekerjaan anda. Sentiasa amalkan membawa alat tulis walau hanya sebatang pen dan sehelai kertas.
Bagaimanapun tujuan nota ini tidak hanya untuk menulis, anda juga boleh melukis sekiranya perlu, mengikut keselesaaan dan kefahaman anda sendiri. Dengan nota ini anda dapat rujuk semula ketika anda memerlukan sebuah idea, walaupun idea anda kurang menarik dengan adanya nota ini anda akan dapat berfikir bagaimana untuk mengubahnya dan kadangkala tidak mustahil apa yang ditulis itu akan mencetuskan idea baru yang lebih menarik.
Di zaman teknologi yang serba canggih kini mungkin agak janggal untuk membawa sebuah nota dan sebatang pen, tetapi dengan adanya telefon mudah alih anda boleh mencatat segala yang diingini, tidak hanya itu sudah tentu juga kita dapat merakam suara, video, melukis dan pelbagai fungsi yang disediakan dapat memberi pelbagai kemudahan, hanya perlu memanfaatkannya kearah yang lebih kreatif supaya membantu kita dalam mencari sebuah inspirasi.

MELIHAT PERSEKITARAN
Perhatikan kawasan sekeliling anda, untuk ini anda perlu keluar dari ruangan tertutup seperti bilik ataupun rumah kerana persekitaran di luar adalah lebih baik dan mempunyai lebih banyak aktiviti. Cuba keluar bersiar-siar dan perhatikan kawasan persekitaran dan aktiviti yang dilakukan oleh orang ramai. Anda harus memilih kawasan-kawasan yang dirasaikan sesuai yang dirasakan mampu memberi inspirasi.
Kawasan dan persekitaran yang digemari perlulah menjadi keutamaan bagi membantu rangsangan yang lebih baik terhadap minda, sama ada kawasan perkampungan, bandar, hutan, kawasan padang atau boleh juga tempat-tempat khusus seperti didalam pusat beli belah (shopping mall), muzium, taman rekreasi, taman haiwan (zoo) dan sebagainya.

Perhatikan jenis perniagaan, perkhidmatan yang ditawarkan, ruangan iklan, budaya persekitaran, teknologi, senibina bangunan, fesyen, tingkahlaku, haiwan, alam sekitar serta sebagainya. Pemerhatian ini mungkin dapat memberi fokus terhadap sesuatu perkara yang dapat memberi inspirasi, tidak mustahil dengan cara ini juga mampu mencetuskan idea-idea baru.
SERING BERKOMUNIKASI
Beranikan diri berkongsi idea anda kepada orang lain kemudian tanya pendapat dan cadangan mereka. Anda juga boleh bertanya apakah idea yang akan mereka fikir sekiranya berada ditempat anda. Dengan kemudahan yang ada pada masa kini seperti media sosial anda mampu berhubung dengan sesiapa sahaja tidak kira sama ada orang yang dikenali atau sebaliknya.
Malah anda juga boleh bertanya orang-orang yang telah berjaya dalam sesuatu bidang tertentu, tanyakan kepada mereka rahsia-rahsia, cadangan, pendapat, nasihat dan sebagainya. Cara ini amat membantu sekiranya anda ingin mengembangkan lagi idea anda.
BAHAN RUJUKAN
Sesungguhnya terdapat banyak bahan-bahan yang boleh anda jadikan sebagai bantuan, ditambah pasa zaman teknologi yang serba moden kini malah amat mudah untuk mencari idea-idea baru. Bahan rujukan boleh dibahagi kepada dua sumber iaitu sumber fizikal dan sumber digital.
Sumber fizikal ini dasarnya merujuk kepada buku, tetapi secara amnya buku ini terdapat pelbagai variasi dan jenis seperti majalah, komik, kamus, novel, surat khabar, katalog, kitab dan sebagainya. Jadi dengan merujuk kepada bahan-bahan bacaan ini sedikit sebanyak akan membantu anda mencari idea baru.
Bagi sumber digital juga terdapat pelbagai variasi yang berbeza seperti televisyen, radio, e-book, audio dan sebagainya terutamanya penggunaan internet. Saya amat yakin dengan penggunaan internet sesiapa sahaja mampu mencari idea dalam masa yang amat singkat, segalanya kini dihujung jari, mungkin tidak perlu saya jelaskan disini tentang Google, Youtube, Facebook dan lain-lain.
Semoga perkongsian tips di atas dapat membantu anda dalam mencari idea baru !
Sila kemukakan pendapat, cadangan dan kritikan anda melalui ruang komen yang disediakan, terima kasih sudi membaca sehingga habis.